Oleh Syahmi Hassan, Normazlina M.D & Hajah Saemah Kepli
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Dis – Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR), hari ini, telah mengadakan sembahyang Fardu Asar berjemaah, sembahyang Sunat Hajat dan membaca Ratib AI-Attas beramai-ramai di keempat-empat daerah sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-40 tahun dan Hari Memperingati Mangsa-mangsa Lalu Lintas Jalan Raya bagi Tahun 2017.
Di Daerah Brunei dan Muara, majlis telah diadakan di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas di mana hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Mustappa Bin Haji Sirat selaku Penasihat MKKJR.
Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan, Haji Azhar bin Haji Ahmad selaku Pengerusi MKKJR; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan, Dr. Haji Supry bin Haji Awang Ladi; Pemangku Pengarah Pengangkutan Darat, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud selaku Timbalan Pengerusi II MKKJR; ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan di Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya serta ahIi-ahli MKKJR.
Di Daerah Tutong pula, majlis berlangsung di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong dan hadir pada majlis itu ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Ramli bin Haji Lahit, yang juga selaku Penghulu Mukim Telisai.
Sementara itu, di Daerah Belait, majlis yang berlangsung di Masjid Muhammad Jamalul Alam telah dihadiri oleh Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Abdol Hazis bin Haji Ahad selaku tetamu kehormat majlis.
Hadir sama ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Hanafi bin Mohd Siput selaku Ketua Kampung Labi 1; Ketua Pegawai Ugama Daerah Belait, Haji Asminan bin Haji Chuchu; Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Awang Ridzuan bin Haji Ahmad; ketua-ketua jabatan kerajaan lainnya, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung serta ahli-ahli MKKJR Daerah Belait.
Majlis yang kali kedua dikendalikan pada tahun ini itu bertujuan bagi sama-sama mohon dan berdoa ke hadrat Allah S.W.T. supaya Negara Brunei Darussalam akan sentiasa diberikan perlindungan terutama kepada pengguna-pengguna jalan raya di samping meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya.
Program seumpama ini juga dilaksanakan bagi menyahut seruan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah Negara Zikir.
Dalam kesempatan ini, MKKJR me-nyarankan dan menasihatkan para pemandu kenderaan supaya sentiasa memastikan keselamatan seperti memakai tali pinggang keselamatan, jangan sama sekali menggunakan telefon bimbit semasa memandu, sama ada membuat dan menjawab panggilan atau membuat pesanan ringkas (SMS).
Selain itu, mematuhi lampu isyarat Ialu Iintas, mengikut had Iaju yang dibenarkan, memandu secara berhemah, memeriksa kenderaan sebelum menggunakannya, dan memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu terutama sekali semasa musim hujan di mana permukaan jalan menjadi licin, mengelak daripada melanggar takungan air serta jalan berlopak dan banjir bagi mengelakkan perkara tidak diingini.