Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OGOS – Seramai 80 orang kanak-kanak dari kalangan keluarga kurang berkemampuan dan anak-anak yatim dari Daerah Brunei dan Muara, Daerah Temburong dan juga Daerah Belait, hari ini, telah berkunjung ke Taman Permainan Arno Zoey Wonderland, di Mid Valley Kampung Salambigar.
Projek Temasya Kanak-kanak MKM itu dianjurkan oleh Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) sempena cuti penggal kedua persekolahan 2024.
Antara objketif aktiviti iru diadakan adalah sebagai pemedulian MKM kepada kanak-kanak kurang berkemampuan dan anak-anak yatim di negara ini.