Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 April – Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) baru-baru ini, telah menyampaikan sumbangan kepada Kumpulan Sokongan Kanser Payudara (BCSG) dan Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA) sempena Hari Kanser Sedunia 2019.
Sumbangan merupakan hasil daripada jualan lencana yang dihasilkan oleh MKM, yang mana lencana itu terdiri daripada pelbagai warna reben untuk berbagai-bagai jenis kanser.
Menyampaikan sumbangan kepada Presiden BCSG, Hajah Aminah binti Haji Momin dan Timbalan Pengerusi YASKA, Tsara’ Nawwarah Abdullah Chen ialah Presiden MKM, Awang Yusof Halim.
