Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    MKM serah troli bagi pengurusan jenazah

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    TEMBURONG, 22 DIS – Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) hari ini menyampaikan sumbangan sebuah troli bagi pengurusan jenazah kepada Pos Kawalan Dakwah Kampung Selapon.

    Troli tersebut telah disampaikan oleh Yang Di-Pertua MKM, Awang Mohd Yusof Shaik bin Abdul Halim kepada Pemangku Imam Pos Kawalan Dakwah Kampung Selapon, Haji Mohd Salleh Dekcy.

    Dengan adanya troli tersebut, ia dapat digunakan sebagai tempat untuk memandikan jenazah.

    Turut hadir menyaksikan penyampaian sumbangan itu ialah beberapa orang ahli jawatankuasa eksekutif dan tertinggi MKM serta penduduk Kampung Selapon.

    Awang Mohd Yusof Shaik bergambar ramai semasa menyerahkan sumbangan tersebut. – GAMBAR SERAHAN MKM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda