
Oleh Salawati Haji Yahya
TUTONG, 3 JAN – Sebuah troli bagi pengurusan jenazah telah disumbangkan oleh Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) kepada Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel Kampong Kiudang, Daerah Tutong, kelmarin.
Penyampaian sumbangan troli tersebut disempurnakan oleh Naib Yang Dipertua 1 MKM, Hajah Juhana binti Haji Mohd Jaya kepada imam masjid berkenaan.
Dengan adanya troli wakaf tersebut dapat digunakan sebagai tempat untuk memandikan jenazah.
Turut hadir menyaksikan penyampaian sumbangan itu ialah beberapa orang ahli Exco dan Jawatankuasa Tertinggi MKM serta ahli-ahli takmir masjid tersebut.