Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    MKM teruskan misi bantuan di PKBN

    Oleh Salawati Haji Yahya

    TEMBURONG 30 OGOS – Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) meneruskan misi bantuan ke Pusat Pengasingan COVID-19 di Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Temburong, hari ini.

    Sumbangan berupa makanan ringan termasuk biskut-biskut dan minuman diserahkan oleh Bendahari MKM, Dr Kamariah binti Haji Abu Salim kepada wakil pusat pengasingan tersebut, Haji Wafi bin Mohammad dan turut disaksikan oleh Setiausaha MKM, Awang Bolhassan bin Haji Abu Bakar.

    Misi bantuan tersebut juga dibantu oleh wakil Youthwing MKM, Natasha Halim serta ahli-ahli MKM.

    Sumbangan tersebut merupakan hasil kutipan dana yang dihulurkan oleh orang ramai di negara ini bagi membantu para petugas barisan hadapan dan pesakit COVID-19 yang ditempatkan di pusat pengasingan berkenaan.

    MKM menyeru dan mengalu-alukan orang ramai untuk menghulurkan derma seangkat hati melalui akaun BIBD MKM dan hantar slip deposit dengan mengatakan Covid fund menerusi WhatsApp di talian 8754288 (Yusof Halim) atau talian Hotline 8808613.

    Antara sumbangan yang diserahkan pada misi bantuan MKM ke Pusat Pengasingan Covid-19 di Kem Latihan PKBN, Temburong, kelmarin.- Gambar serahan MKM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda