Saturday, March 29, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    MKM teruskan Projek Buku Amal di SRSAB

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) meneruskan Projek Buku Amal di Sekolah Rendah Sultan Abdul Bubin (SRSAB), Kampung Sungai Besar yang dihasratkan untuk menyemai budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak dari usia muda, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MKM, di sini, seramai 30 orang pelajar sekolah berkenaan menerima pengagihan buku-buku yang disampaikan oleh Yang Dipertua MKM, Awang Mohd Yusof Shaik bin Abdul Halim dengan disaksikan oleh Guru Besar SRSAB, Hajah Nursirinah Eloi binti Abdullah.

    Projek amal itu merupakan sumbangan orang ramai kepada murid-murid daripada keluarga kurang berkemampuan di negara ini melalui pembelian buku-buku dari DBook Haus.

    Menerusi projek amal itu, DBook Haus menyumbang sebanyak 10 peratus daripada harga penjualan buku-buku tersebut kepada MKM.

    Sumbangan buku itu diharap akan dimanfaatkan oleh anak-anak klien MKM di mana ia dapat menyemai budaya rajin membaca dalam kalangan kanak-kanak supaya dapat membuka minda mereka ke alam dunia ilmu pengetahuan yang luas.

    Awang Mohd Yusof Shaik dan ahli-ahli MKM bergambar ramai bersama guru dan pelajar yang menerima buku dalam Projek Buku Amal di SRSAB. – Gambar serahan MKM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda