Khamis, November 20, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    MKOKU Brunei raih Anugerah Kebajikan ASEAN 2025

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OGOS – Majlis Kesejahteraan Orang Kelainan Upaya (MKOKU) Brunei secara rasmi telah dianugerahkan Anugerah ASEAN Kecemerlangan Kebajikan dan Pembangunan Sosial (ASWADA) 2025 dalam satu majlis yang diadakan hari ini.

    Anugerah yang diadakan setiap dua tahun itu merupakan salah satu pengiktirafan tertinggi di rantau ini bagi agensi kerajaan, pertubuhan masyarakat sivil dan rakan kongsi sektor swasta yang telah menunjukkan inisiatif cemerlang dalam memajukan perlindungan sosial, perkhidmatan sosial serta pembangunan inklusif.

    MKOKU Brunei merupakan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) ketiga di negara ini yang menerima penghormatan serantau, sekali gus menandakan pencapaian penting dalam usaha berterusan negara untuk meningkatkan potensi orang kelainan upaya (OKU) dan memperkukuh pembangunan inklusif.

    Pengiktirafan itu turut mencerminkan dedikasi MKOKU sebagai majlis kebangsaan bagi OKU di Brunei yang berperanan sebagai platform penyatuan untuk mempromosikan hak, kebajikan dan meningkatkan potensi OKU selaras dengan Konvensyen Hak OKU Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCRPD) dan visi ASEAN, Leaving No One Behind.

    Presiden MKOKU Brunei, Malai Didi @ Sharifah Adila Surya binti Malai Haji Abdullah dalam kenyataan itu mengatakan anugerah tersebut melambangkan komitmen bersama OKU, keluarga me-reka dan semua rakan kongsi yang bekerjasama dengan MKOKU dalam memperkukuh pergerakan OKU di Brunei.

    “Ia juga satu pengesahan yang Brunei berdiri seiring dengan ASEAN dalam membina masyarakat yang lebih inklusif,” ujarnya.

    Dengan penerimaan anugerah itu, MKOKU Brunei turut menegaskan semula peranannya dalam menyokong dasar dan inisiatif nasional yang menekankan keterangkuman, sambil menyumbang kepada komitmen bersama ASEAN terhadap kebajikan dan pembangunan sosial.

    GAMBAR SERAHAN MKOKU

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda