WASHINGTON, 6 Ogos – Penampilan penilaian video dalam Major League Soccer (MLS) kelmarin menyaksikan FC Dallas menjadi kelab pertama dalam liga itu mendapati gol mereka tidak dikira oleh sistem itu dalam kekalahan 3-1 mereka kepada Philadelphia Union.
Dallas, ketinggalan 3-0 di Philadelphia, fikir mereka berjaya mengurangkan defisit gol pada minit ke-80 ketika Max Urruti menyambut bola yang ditepis oleh penjaga gol Uniom, McCarthy, hasil percubaan awal Christian Colman.
Tetapi percubaan Colman termasuk satu tendangan ke atas McCarthy, dan pengadil Ricardo Salazar maklum mengenai kemungkinan satu faul.
Selepas penilaian selama 15 saat, Salazar menyatakan ia jelasnya satu tendangan ke atas McCarthy, dan gol itu dibatalkan.
Pada bulan Julai, MLS telah mengumumkan bahaw ia akan melaksanakan sistem video bantuan pengadil (VAR) dalam liga selepas rehat All-Star, menjadikan ia antara liga domestik pertama untuk menggunakan sistem yang diberikan pujian oleh presiden FIFA, Gianni Infantiono di Piala Konfederasi pada bulan Jun.
Pada bulan April Liga-A Australia telah mengumumkan bahawa ia akan menjadi liga teratas domestik yang pertama untuk menggunakan sistem itu, sementara Jerman dan Portugal merancang untuk menggunakannya musim ini.
Sebagai tambahan bagi penilaian pertama MLS itu, perlawanan itu juga menandakan sejarah buat pertama kali Union menewaskan Dallas dalam sejarah lapan tahun mereka, selepas lima kekalahan dan empat seri. C.J. Sapong telah menjaringkan dua gol, jaringan ke-11 dan 12 musim ini dan Ilsinho menambag satu gol lagi untuk Union.
Michael Barrios telah menjaringkan gol buat FC Dallas di masa kecederaan. – AFP