Sunday, June 30, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    MM2H: Sarawak mahu penjelasan terperinci daripada kerajaan Persekutuan

    KUCHING, 26 JUN – Sarawak mahu penjelasan daripada kerajaan Persekutuan mengenai penurunan ‘kuasa’ yang melibatkan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

    Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sehingga kini kementeriannya masih belum menerima penjelasan yang terperinci.

    “Saya diberitahu bahawa program MM2H akan diturun kuasa oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), saya hanya ingin tahu apa itu ‘turun kuasa’?

    “Adakah ia termasuk Sarawak akan mengeluarkan lesen kepada agensi-agensi, mereka yang akan mengendalikan MM2H, adakah Sarawak dan Sabah diberi hak tersebut?,” katanya selepas perasmian sidang Kemuncak Belia Hutan Hujan 2024 di sini hari ini.

    Karim berkata beliau dimaklumkan bahawa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing akan mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi membincangkan perkara tersebut.

    “Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing akan bertemu Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam masa seminggu lagi untuk perbincangan,” katanya. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China pecat bekas menteri pertahanan

    BEIJING, 28 JUN - Bekas menteri pertahanan China, Li Shangfu telah dipecat daripada Parti Komunis yang memerintah kerana menyebabkan ‘kerosakan besar kepada puncanya’ melalui...