Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    MMN mula bersidang esok

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara akan berlangsung di Bangunan Dewan Majlis, pada 27 Februari.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat, di sini, Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan pengurniaan titah sebagai tanda bermulanya Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara.

    Persidangan Majlis Mesyuarat Negara akan dipengerusikan oleh Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib dan dibantu oleh Jurutulis Majlis Mesyuarat Di-Raja, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Dr. Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Awang Haji Hurairah.

    Persidangan Majlis Mesyuarat tahun ini akan membincangkan dan meluluskan perkara utama iaitu Rang Undang-Undang (2024) Perbekalan, 2024/2025, melalui tiga peringkat sebelum ia dapat diluluskan sepenuhnya dan diwartakan untuk digunapakai bermula 1 April 2024.

    Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan ke-20 MMN akan berlangsung esok di Bangunan Dewan Majlis. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda