Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    MMN sertai IPU sebagai Ahli Rasmi ke-183

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OKT – Mesyuarat Governing Council bagi Inter-Parliamentary Union (IPU) telah bersidang kelmarin, dan meluluskan Majlis Mesyuarat Negara diterima sebagai ahli rasmi ke-183 IPU.

    Ia adalah detik bersejarah bagi Negara Brunei Darussalam dengan keputusan tersebut yang dicapai melalui resolusi yang diluluskan, dan sebagai tanda keahlian rasmi Majlis Mesyuarat Negara dalam organisasi antara-parlimen tertua dan terbesar di dunia.

    Perasmian keahlian tersebut diadakan di Mesyuarat Perhimpunan 151st Assembly of the Inter-Parliamentary Union (IPU).

    Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib selaku ketua delegasi MMN, dalam ucapan penerimaan menegaskan, penyertaan MMN sebagai detik bersejarah dalam merealisasikan aspirasi jangka panjang untuk menjadi sebahagian daripada komuniti antara-parlimen global.

    Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman semasa menyampaikan ucapan di IPU.

    Yang Berhormat turut menekankan kepentingan diplomasi dan kerjasama antara-parlimen dalam menangani cabaran sejagat yang semakin kompleks, serta menegaskan komitmen MMN untuk menyumbang secara konstruktif kepada objektif IPU dalam memupuk keamanan, tadbir urus yang baik dan pembangunan mampan di peringkat antarabangsa.

    Hadir bersama di mesyuarat itu, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dan Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara; bersama dengan Puan Yang Terutama Dayangku Mazlizah binti Pengiran Haji Mahalee, Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland.

    YB Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman dan YB Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi menghadiri IPU. – GAMBAR SERAHAN JABATAN MAJLIS-MAJLIS MESYUARAT

    Mesyuarat Perhimpunan 151st Assembly of IPU dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan termasuk Perhimpunan Agung (Assembly), Sesi Perbahasan Umum (General Debate), serta Mesyuarat-Mesyuarat Jawatankuasa Tetap diadakan pada 20 hingga 23 Oktober 2025 bertempat di Geneva, Switzerland.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda