Saturday, June 29, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    MMN terima lawatan peserta kepimpinan Timor-Leste

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JUN – Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat telah menerima lawatan daripada rombongan peserta Program Kepimpinan untuk Pemimpin Muda dan Masa Depan Timor-Leste bagi ASEAN yang berlangsung di Bangunan Dewan Majlis, jabatan itu, hari ini.

    Lawatan berkenaan disertai oleh seramai 10 orang peserta yang sedang menjalani program berkenaan. Turut hadir ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Timor Leste ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Abel Guterres bersama pegawai-pegawai penyelaras program.

    Program dimulakan dengan taklimat daripada Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat terutamanya peranannya selaku urus setia kepada Majlis Mesyuarat Negara (MMN).

    Taklimat juga mengongsikan makluman berkenaan proses dan prosedur Persidangan MMN berpandukan Peraturan-peraturan Mesyuarat (Standing Order).

    Peserta juga berkesempatan untuk mendengarkan maklumat berkenaan penyertaan MMN di mesyuarat-mesyuarat dan persidangan antarabangsa serta rancangan untuk meningkatkan penglibatan pihak berkepentingan.

    Program diteruskan dengan sesi dialog, di mana para peserta berpeluang untuk berinteraksi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pendekatan MMN dalam menangani isu-isu semasa.

    Dialog juga membincangkan peluang untuk meneroka serta meluaskan kerjasama dengan MMN.

    Rombongan peserta yang hadir bergambar ramai di Bangunan Dewan Majlis, Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat. – GAMBAR SERAHAN JABATAN MAJLIS-MAJLIS MESYUARAT
    GAMBAR SERAHAN JABATAN MAJLIS-MAJLIS MESYUARAT

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China pecat bekas menteri pertahanan

    BEIJING, 28 JUN - Bekas menteri pertahanan China, Li Shangfu telah dipecat daripada Parti Komunis yang memerintah kerana menyebabkan ‘kerosakan besar kepada puncanya’ melalui...

    Xi bertemu PM Vietnam