Monday, March 10, 2025
32.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    MMPB anjur acara amal, beri sumbangan ke Kg Menunggol

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC Untuk menyemai nilai-nilai murni, keikhlasan, dan persaudaraan dalam masyarakat serta memberi sinar harapan kepada penduduk Kampung Menunggol, sebanyak 50 buah keluarga telah menerima sumbangan beras daripada Wasan Milling Company Sdn Bhd dan sumbangan buku cerita untuk Sekolah Rendah Kampung Menunggol daripada Teabox (CMJ Sdn Bhd) sempena Projek Ramadhan Malam Minggu Pusat Belia (MMPB) di Masjid Kampung Menunggol baru-baru ini.

    Projek anjuran MMPB bersama rakan kongsi dan komuniti setempat turut menampilkan pelbagai aktiviti amal dan bantuan untuk golongan memerlukan. Pasukan Mike & Mesh Barber dan Another Hair & Creative Studio bukan sahaja menyumbangkan buku-buku Yassin untuk masjid Kampung Menunggol tetapi juga menawarkan perkhidmatan gunting rambut percuma kepada komuniti setempat.

    Di samping itu, MMPB turut menyerahkan sumbangan alat-alat pembersihan kawasan masjid. Pasukan VFAST pula mengadakan pemeriksaan glukosa dan tekanan darah tinggi semasa aktiviti berlangsung.

    Aktiviti-aktiviti berkenaan berlangsung di masjid dan dihadiri oleh Ketua Kampung Menunggol, Awang Haji Ibrahim bin Haji Osman. Pasukan Skin Routine dari Aleia Official turut hadir untuk memberikan kesedaran tentang penjagaan kecantikan diri kepada komuniti setempat.

    Manakala, GG Camp menyediakan kem glamping yang memudahkan para sukarelawan MMPB dalam penyerahan sumbangan. Sukarelawan daripada MMPB, VFAST, HiTune, YAKIN, dan kumpulan pemandu jip offroad tidak ketinggalan turut membantu menghantar sumbangan beras daripada WMC ke jeti Bumbung 12 sebelum diagihkan ke Kampung Menunggol.

    MMPB terus komited dalam usaha kebajikan ini, seperti sebelumnya yang menyampaikan 50 pek beras tempatan daripada WSM kepada Ecoy untuk kempen derma mereka.

      Antara aktiviti dan sumbangan yang disampaikan oleh MMPB dalam projek berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN YAKIN & HITUNE

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda