Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    MMPB lancar inisiatif kemanusiaan di Pulau Mabul

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 DIS – Projek kemanusiaan Day of Action (DoA) Malam Minggu Pusat Belia (MMPB) 2024, dengan tema Setitis Harapan, Sejuta Senyuman, berjaya dilaksanakan dengan penuh makna, meninggalkan kesan mendalam kepada komuniti Bajau Darat dan Bajau Laut di Pulau Mabul, Sabah.

    Projek berkenaan dianjurkan bersempena Hari Bertindak di bawah naungan Kementerian Kebudayaan, Belia, dan Sukan (KKBS) Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama erat Scuba Buddy, Mabul, mencerminkan nilai-nilai kemanusiaan dan solidariti serantau.

    Inisitatif bantuan kemanusiaan yang disertai oleh lima sukarelawan dari MMPB, termasuk seorang wakil dari Mike & Mesh Barber, yang menjalankan pelbagai aktiviti untuk memperkaya pendidikan, menghargai budaya dan meningkatkan kesejahteraan komuniti yang memerlukan.

    Mengulas kepentingan projek ini, Pengarah Projek Projek kemanusiaan DoA MMPB 2024, Hajah Noor Monasalieana @ Suzie binti Haji Mohd Salleh, berkata inisiatif ini memperlihatkan dedikasi Brunei kepada perpaduan dan kemanusiaan di peringkat antarabangsa. Walaupun komuniti Bajau tidak bernegara, harapan dan aspirasi mereka tetap sejagat.

    Projek ini bukan sekadar memberikan bantuan material tetapi juga membina hubungan bermakna yang mencerminkan nilai-nilai luhur Brunei.

    Sorotan utama inisiatif projek berkenaan ialah tazkirah dan bacaan Al-Quran di Surau Nur Rezky; Permainan tradisional komuniti Mabul; Khidmat gunting rambut oleh Mike & Mesh Barber; Pengagihan hadiah dan pengetahuan tentang penternakan rumpai laut; pendidikan kebersihan kepada kanak-kanak Bajau Laut; dan kesedaran pertolongan cemas kepada kanak-kanak.

    MMPB juga ingin merakamkan penghargaan mendalam kepada para penaja dan rakan kerjasama strategik yang telah memastikan kejayaan program ini. Antara penaja utama ialah Makan Ceria Sdn Bhd, Dcon Sdn Bhd, Kolej Cosmopolitan, Victory Athlete Brand, Yakin Futsal League, Kare Clinic, Cristella Trading and Co, Printmartz Advertising, Brunei Teabox, Guerrilla Architect, its.Mudaser dan juga Scuba Buddy, Mabul, atas kerjasama mereka dalam menjayakan penglibatan komuniti Madrasah Al Amin dan Surau Pulau Pelancongan Nur Rezky.

    MMPB komited untuk terus melaksanakan program yang membawa manfaat kepada komuniti terpinggir sambil memartabatkan nilai-nilai kemanusiaan sejagat.

    Antara aktiviti yang diadakan semasa projek berkenaan. – GAMBAR SERAHAN MMPB
    Hajah Noor Monasalieana @ Suzie bergambar bersama komuniti Bajau Darat dan Laut di Pulau Mabul, Sabah. – GAMBAR SERAHAN MMPB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda