Tuesday, September 17, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    MMQBD peringkat saringan bermula 22 Oktober

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa (MMQBD) Peringkat Saringan Kebangsaan bagi Tahun 1446H/2024M akan diadakan selama tiga hari bermula pada 22 hingga 24 Oktober di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.

    Musabaqah anjuran Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong merupakan peringkat awal bagi pemilihan qari dan qariah untuk melayakkan diri seterusnya ke peringkat separuh akhir yang akan dikendalikan oleh Bahagian Kemajuan Syiar Islam, KHEU.

    Ia dibukakan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam (pemegang kad pengenalan warna kuning), beragama Islam, bermazhab Syafiee aliran Ahli Sunah Wal Jama’ah dan berumur tidak kurang dari 18 tahun serta tidak lebih dari 40 tahun semasa mendaftar.

    Sehubungan itu, borang penyertaan boleh diperolehi di Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid, KHEU atau melalui e-mel imarahjhem @gmail.com.

    Borang yang telah lengkap diisi bolehlah dihantar terus melalui e-mel tersebut atau terus ke Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid tidak lewat pada 14 Oktober, jam 4 petang, tertakluk kepada perubahan.

    Untuk maklumat lanjut, bolehlah berhubung terus dengan pegawai-pegawai Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid iaitu Ketua Bahagian Imarah, Haji Fansuri Sharimi @ Mansur bin Mohamad Ali, di talian 8326202 atau Hajah Surinah @ Tini binti Haji Shamsuddin di talian 8878570 atau Haji Kamaruzaman bin Haji Jakar di talian 8831350.

    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda