Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    MMS bantu tambah bekalan darah

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 SEPT – Sebagai sebahagian daripada komitmen dalam menyokong program tanggungjawab sosial korporat, Muara Maritimes Services Sdn Bhd (MMS) dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) telah mengendalikan kempen derma darah.

    Dengan bertemakan Every Drop Counts, acara yang berlangsung di Dewan Samudera, Pangkalan Tentera Laut Muara itu telah mendapat sambutan dengan lebih 70 kakitangan mendaftar secara keseluruhannya.

    Pada tahun ini, MMS turut memeriahkan acara dengan menjemput golongan berkeperluan khas dari SMARTER Brunei secara eksklusif dalam mengetengahkan jualan makanan dan minuman seperti kopi dan kuih-muih yang mereka hasilkan.

    Melalui pengungkayahan acara berkenaan, MMS berharap sumbangan sedemikian menjadi pemangkin semangat para peserta dalam sama-sama membantu usaha Kementerian Kesihatan secara berterusan untuk menambah bekalan darah sekali gus membantu menyelamatkan nyawa insan-insan yang memerlukan.

    Antara kakitangan yang menyertai kempen derma darah anjuran MMS de-ngan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS. – Gambar serahan MMS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda