Mo Farah bersedia untuk Olimpik

LONDON, 3 APRIL – Pelari jarak jauh Britain, Mo Farah akan meneruskan penyertaannya dalam Olimpik Tokyo walaupun ia telah ditunda setahun disebabkan oleh koronavirus.

Pengumuman dibuat minggu lalu untuk menunda Olimpik 2020 kerana penularan global COVID-19 dan kini akan berlangsung dari 23 Julai sehingga 8 Ogos 2021.

Farah yang akan menyambut hari ulang tahun ke-38 ketika sukan tersebut diubah jadual dan ada sedikit kebimbangan bahawa atlet yang merancang untuk membuat persembahan kemuncak tahun ini mungkin tidak akan mencapai tahap yang sama dalam tempoh 12 bulan. Tetapi pemenang pingat emas sebanyak empat kali menyokong penangguhan dan menegaskan tidak akan menjejaskan keupayaannya untuk bersaing.

“Sukan Olimpik adalah perkara terakhir untuk dibatalkan. Dengan cara yang jelas ia mengecewakan tetapi saya gembira ia telah dibatalkan,” kata Farah kepada radio Talksport hari ini.

Farah, yang memenangi pingat emas Sukan Olimpik di 5,000 dan 10,000 meter di kedua-dua Sukan London 2012 dan Rio 2016, menambah kelewatan lebih baik untuk cuba memasuki Sukan Olimpik tanpa masa latihan dan pemanasan yang cukup.

“Saya memerlukan kira-kira enam, tujuh atau lapan perlumbaan sebelum melihat bagaimana keadaan saya,” Farah menjelaskan. “Ia adalah apa yang terjadi dan ia memberi kita satu tahun untuk persiapan.

“Ketika ini, tiada seorang pun memikirkan mengenainya. Saya masih berlari setiap hari, cuba untuk melepasi masa krisis ini.” – AFP

Mo Farah berkeras untuk menyertai Sukan Olimpik 2021 meskipun ia telah ditunda selama satu tahun. – AFP