LONDON, 22 APRIL – Mo Farah berkata dia merasa sedih apabila Atletik UK mengumumkan kematian bekas pengarah prestasi Neil Black, yang mempertahankan penglibatannya dengan jurulatih yang kini digantung, Alberto Salazar.
Black, 60, meninggalkan jawatannya selepas pihak berkuasa Amerika Syarikat menjatuhkan larangan doping selama empat tahun kepada Salazar, yang menjalankan latihan berkumpulan Projek Oregon yang disokong oleh Nike di Portland.
Kenyataan dari Atletik UK mengesahkan kematian Black dengan berkata: “Atletik Britain merasa terkejut dan sedih untuk mengesahkan kehilangan kawan kita dan bekas rakan kita, Neil Black, yang meninggal dunia secara tiba-tiba pada hujung minggu.
Agensi Anti-Doping Amerika Syarikat (USADA) memulakan siasatan ke atas Salazar pada tahun 2015 tetapi Atletik UK melihat hubungannya dengan Farah pada masa itu dan memutuskan ‘tiada sebab yang perlu dirisaukan.’ – AFP
