Saturday, March 29, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    MOA adakan perhimpunan

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Feb – Ahli-ahli Mini Owners Association (MOA) bersama keluarga mereka telah mengadakan Majlis Perhimpunan bersama ahli MOA di Pantai Tungku, hari ini.

    Presiden MOA, Awang Romzi bin Haji Mohd Yusof, semasa ditemui Media Permata menjelaskan, majlis ini merupakan acara pertama bagi menyambut tahun baru untuk mengeratkan tali silaturahim di antara ahlinya.

    Beliau menjelaskan lagi, MOA telah berusia dua tahun dan begitu aktif mengadakan pelbagai aktiviti seperti ramah mesra, perhimpunan dan banyak lagi. Mereka juga mengadakan konvoi di dalam dan luar negara seperti ke Miri, Lawas dan Kota Kinabalu.

    Setakat ini MOA disertai lebih 70 ahli yang mana rata-rata mereka amat aktif menyertai mana-mana aktiviti yang telah diadakan dan dirancang sepanjang tahun.

    Ahli MOA semasa bergambar ramai.
    Ahli MOA semasa bergambar ramai.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda