Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    MoA galak kerjasama bidang pertanian

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    TUTONG, 23 OGOS – Bersempena Mahrajan Hafl At-Takharruj (MHT) ke-13, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Pertanian telah menandatangani memorandum perjanjian (MoA) bersama empat pengusaha pertanian tempatan sebagai salah satu usaha mewujudkan, menggalakkan dan membangunkan kerjasama dalam bidang penyelidikan, pendidikan dan program latihan berkaitan pertanian.

    Para pengusaha berkenaan adalah Maya Breeder Farm, RZ Prisma Enterprise, Hasmit Enterprise dan Ibnu Anwari Enterprise.

    Majlis penandatanganan berlangsung di Bangunan Fakulti Pertanian, Kampus Sinaut UNISSA, Daerah Tutong di mana hadir selaku tetamu kehormat majlis bagi menyaksikan penandatanganan berkenaan ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

    Menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Dekan Fakulti Pertanian, Profesor Madya Dr Hajah Rose binti Abdullah yang disaksikan oleh tetamu kehormat majlis.

    Manakala mewakili pengusaha pertanian terlibat ialah Pengarah Urusan Maya Breeder Farm, Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bin Pengiran Haji Aliuddin; Pengarah Urusan RZ Prisma Enterprise, Pengiran Dato Paduka Haji Abdul Rahman bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail; Pengurus Hasmit Enterprise, Haji Hassan bin Haji Asbi dan Pengarah Urusan Ibnu Anwari Enterprise, Awang Mohamad Faiyadh Syairazie bin Haji Anwari berserta saksi masing-masing.

    Profesor Madya Dr Hajah Rose dan Yang Berhormat Pengiran Haji Isa bertukar dokumen selepas menandatangani MoA. Majlis penandatanganan disaksikan oleh Dr Haji Norarfan. – Gambar oleh Nurdiyanah R.
    Profesor Madya Dr Hajah Rose bergambar ramai bersama empat wakil pengusaha pertanian tempatan semasa majlis tersebut. – Gambar oleh Nurdiyanah R.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda