Oleh Yusrin Junaidi
Gambar oleh Dean Kassim
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Julai – Mobile World Enterprise dan City Mobile menawarkan pelbagai aktiviti dan promosi diskaun selama dua hari bermula hari ini sempena pembukaan bilik pamerannya.
Perasmian dewan pameran telefon bimbit, peranti dan gajet IT terbesar itu disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Siti Radhiah. Juga hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Ong Tiong Oh; Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin; Pengarah Urusan Mobile World, Dayang Zubaidah Zainoh; ketua eksekutif Mobile World dan pengurus Mobile World.
Dayang Zubaidah Zainoh ketika berucap di majlis perasmian tersebut berkata, selama dua hari, Mobile World akan mengadakan pelbagai aktiviti dan juga menawarkan harga promosi untuk semua pelanggan.
“Mobile world juga akan mengadakan cabutan bertuah bagi setiap pembelian barangan di kedai berkenaan dan sebanyak 50 hadiah akan diberikan kepada pemenang bertuah,” ujarnya.



Bilik Pameran Mobile World yang meliputi kawasan seluas kira-kira 20,000 kaki per segi itu merupakan yang terbesar di Brunei Darussalam, malahan di Borneo serta mempamerkan pelbagai barangan elektronik, telefon pintar serta pelbagai barangan IT dari jenama-jenama terkenal.
“Hari ini merupakan hari bersejarah bagi kami kerana hari ini merupakan perasmian Mobile World di mana untuk dua hari ini pelbagai aktiviti dan juga promosi akan di adakan sehingga larut malam nanti.
“Misi kami juga adalah untuk menjemput para pengusaha tempatan khususnya pengusaha barangan elektronik yang ingin turut serta mempamerkan barangan mereka di sini amat di alu-alukan.”