CLEVELAND, 12 APRIL – Apabila musim NBA berakhir selepas perlawanan final pada Jun, Mobley akan menyambut ulang tahun ke-21. Dia akan beraksi dalam musim penuh dan mungkin bermain akan bermain dalam perlawanan playoff.
Sementara itu, untuk Cavaliers mempunyai peluang untuk mengecewakan Brooklyn Nets pada malam hari ini dalam kejohanan play-in dan mara ke pasca musim, Mobley perlu melakukan banyak perkara seperti mana yang dia lakukan sepanjang musim pemulihan Cleveland dan banyak lagi.
Dengan pemain All-Star, Jarret Allen tidak akan bermain disebabkan kecederaan jari yang patah dan diketepikan lebih sebulan, Mobley akan diturunkan untuk menjaringkan mata, melakukan rebound dan bertahan.
Itu tidak berbeza dengan apa yang dia persiapkan sepanjang musim untuk Cavs. Malahan, apa yang baharu ialah taruhannya lebih tinggi dan Mobley akan bermain di atas gelanggang di mana ia akan menjadi perhatian ramai. – AP
