Thursday, December 26, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mocha menuju Myanmar, Bangladesh

    GWA, MYANMAR, 11 MEI – Myanmar dan Bangladesh menghantar beribu-ribu sukarelawan dan mengarahkan pemindahan dari kawasan rendah hari ini ketika taufan pertama Teluk Bengal tahun ini semakin menghampiri.

    Taufan Mocha diramalkan mendarat pada Ahad di sepanjang sempadan Bangladesh-Myanmar, menurut pejabat meteorologi India, membawa angin sehingga 175 kilometer (108 batu) sejam.

    Pejabat itu meramalkan gelombang ribut antara dua dan dua setengah meter bagi rantau pantai rendah, yang di sebelah Bangladesh adalah rumah kepada kem-kem yang menempatkan ratusan ribu pelarian Rohingya.

    Thar Tin Maung, 60, dipindahkan dari kampungnya di negeri Rakhine Myanmar ke bandar Sittwe sebagai persediaan menghadapi ribut.

    “Memandangkan ia terletak di pintu masuk ke sungai, kampung kami tidak dapat menampung ribut kecil pun.

    Bot-bot nelayan berlabuh dekat perbandaran Gwa di negeri Rakhine, Myanmar pada 11 Mei selepas siklon Mocha terbentuk. – AFP

    “Terdapat beberapa orang yang tidak boleh keluar dari kampung dan saya bimbang tentang mereka,” katanya kepada AFP.

    Di bandar Pauktaw berhampiran, Kyaw Kyaw Khaing berkata kira-kira 200 orang telah tiba untuk berteduh di pusat komuniti dan biara Buddha.

    “Sekarang kami mengumumkan dengan pembesar suara, meminta bungkusan makanan supaya kami dapat memberi makan kepada orang ramai yang berpindah ke bandar kami,” katanya.

    Ahmadul Haque, pengarah Program Kesiapsiagaan Siklon Bangladesh, berkata mereka telah menempatkan 8,600 sukarelawan di Cox’s Bazar dan 3,400 lagi sukarelawan Rohingya di kem pelarian.

    “Kami juga memberi amaran kepada penduduk yang tinggal di lereng bukit kerana taufan itu akan membawa hujan lebat, yang boleh mencetuskan tanah runtuh,” ujarnya kepada AFP.

    Bangladesh juga menegah bot nelayan daripada berlayar ke laut dalam. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda