Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    MOD teraju Kumpulan C ke suku akhir

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Pasukan Bola Sepak Kementerian Pembangunan (MOD) tidak menghadapi masalah untuk menjinakkan pasukan Kementerian Hal Ehwal Luar Negara (MFA) sekaligus mengesahkan kedudukan teratas dalam kumpulan C pada kejohanan bola sepak merebut Piala Keputeraan 2025.

    Dalam perlawanan yang diadakan di Padang dan Belapan, Kompleks Suka Negara Hassanal Bolkiah, kelmarin itu telah menyaksikan sentuhan dua jaringan menerusi Safwan Amaluddin Sanli dan Mohammad Haziq Asahrin sambil hadiah jaringan percuma hasil Awang Suhara Fadilah Haji Yusop yang tertolak ke gawang sendiri melengkapkan kemenangan bergaya pasukan MOD ke atas pasukan MFA

    Kemenangan 4-0 ke atas pasukan MFA telah itu membantu pasukan MOD melengkapkan rekod tanpa kalah untuk melangkah ke suku akhir sambil diiringi pasukan MFA yang mengutip 3 mata.

    Pada peringkat suku akhir, MOD akan menguji Kementerian Pertahanan (MINDEF)  sementara  pasukan Hal Ehwal Luar Negara (MFA) akan berdepan pasukan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS) selaku pasukan naib juara Kumpulan A.

    Sementara itu, persaingan peringkat suku akhir yang lain akan menyaksikan pertemuan yang sengit di antara pasukan Bola Sepak Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan bertemu pasukan Bola Sepak Jabatan Perdana Menteri (PMO).

    Gambar atas dan bawah, pemain kedua-dua pasukan mengawal bola untuk terus mengukuhkan mata jaringan gol
    GAMBAR-GAMBAR SERAHAN AJK PIALA KEPUTERAAN 2025

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda