Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    MOD tundukkan MOFE di Kumpulan C

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Pasukan Kementerian Pembangunan (MOD) membuka tirai perlawanan Kumpulan C, kejohanan Piala Keputeraan 2025 dengan kejayaan menewaskan pasukan Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) dengan jaringan 4-2 di Padang dan Belapan, Berakas, kelmarin.

    Pasukan MOD lebih awal memperolehi kelebihan jaringan apabila pemain pantas, Abang Muhammad Fakhri Abang Haji Jaludin berjaya merampas bola dari aksi kelam kebut di depan pintu gol dan mudah menguis masuk ke gawang pasukan lawan di minit ke 6.

    Namun, MOFE bijak menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti di minit ke 8  Muhammad Habil Haji Adanan dan penyerang lincah itu sekali lagi  membuat barisan MOD tersentak apabila gawang mereka dibocorkan buat kali kedua di minit ke 30.

    Di sebalik ketinggalan jaringan, MOD berjaya menemui rentak dan bangkit dibabak kedua dengan permainan yang lebih tersusun dan berkesan untuk menghukum aksi longgar pertahanan MOFE.

    Ia bermula dengan jaringan menarik Safwan Amauddin Sanli diminit ke 46 sebelum membuktikan kehebatan menerusi jaringan di minit ke 53.

    Abang Muhammad Fakhri sekali lagi membuat penyokong MOD berpesta menerusi jaringan di minit ke 55 untuk melengkapkan kemenangan bergaya MOD dengan 4-2 sekaligus meletakan mereka di puncak Kumpulan C.

    Aksi pemain kedua-dua pasukan dalam Kumpulan C di kejohanan Piala Keputeraan 2025. – GAMBAR- GAMBAR SERAHAN AJK PIALA KEPUTERAAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda