HELSINKI, 11 JUN – Model perisian Bumi yang bertujuan mensimulasikan dan memantau risiko alam sekitar sementara mencari cara-cara untuk mengurangkan perubahan iklim telah memulakan misinya kelmarin, kata Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU).
Inisiatif Destination Earth adalah hasil daripada model digital planet untuk mensimulasikan fenomena semula jadi dengan menggunakan ‘jumlah data yang belum pernah dilihat sebelumnya,’ menurut laman webnya.
Model itu menggabungkan sains iklim dengan kecerdasan buatan yang dikuasakan oleh superkomputer termasuk komputer LUMI yang terletak di bandar Kajaani, Finland, di mana majlis perasmiannya diadakan.
“Apa yang kita peroleh hari ini adalah masa depan yang sedang dibina,” kata Margrethe Vestager, naib presiden eksekutif Suruhanjaya Eropah, pada acara tersebut.
Beliau menyebut kemungkinan datuk bandar akan mempersiapkan bandar mereka untuk menghadapi peristiwa cuaca ekstrem dan bagi institusi EU untuk melaksanakan Perjanjian Hijau blok tersebut, yang bermaksud pemimpin ‘tidak boleh melepaskan tanggungjawab mereka untuk bertindak dengan alat yang diperoleh’.
“Ini akan memberikan akses data iklim dan alat ramalan di tangan orang ramai,” kata Vestager. – AFP







