Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Model lelaki temui ajal di pentas peragaan

    SAO PAULO, Brazil, 28 April – Seorang model lelaki menemui ajal di atas pentas peragaan selepas rebah secara tiba-tiba pada hari terakhir Minggu Fesyen Sao Paulo (SPFW).

    “SPFW baru sahaja menerima berita kematian model Tales Soares yang sakit dan jatuh secara tiba-tiba semasa pertunjukan Ocksa,” kata penganjur dalam satu kenyataan tanpa memberikan punca kematian.

    Menurut media tempatan, model berusia 26 tahun itu rebah ketika mahu berpusing meninggalkan pentas dan pasukan perubatan segera menerpa ke arah beliau sambil disaksikan oleh para penonton yang terkejut.

    SPFW berkata, Soares dikejarkan ke hospital namun disahkan sudah meninggal dunia.

    “Kami mengucapkan takziah kepada keluarga Tales,” kata SPFW manakala label fesyen Ocksa dalam satu kenyataan berkata, seluruh pasukan amat terkejut dengan kematian Soares yang menandatangani kontrak bersama agensi modeling Base MGT. – AFP

    Para model memperagakan fesyen Cavalera semasa SPFW di Brazil di mana Tales Soares rebah dan meninggal dunia. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda