Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Moden, anggun dan feminin dari Christian Dior

    Oleh Zanyra Dawod

    BERSEMPENA dengan sambutan ke-70 bagi jenama Christian Dior, salah seorang pereka untuk jenama tersebut iaitu Maria Grazia Chiuri telah berusaha untuk menonjolkan penampilan gaya wanita moden, elegan dan cukup berkuasa.

    Di samping itu, dia juga cukup bijak dalam memberikan gaya penampilan yang anggun khususnya untuk wanita moden.

    Bagi musim luruh ini, Chiuri telah tertarik untuk menggunakan inspirasi daripada hasil lakaran dan ukiran yang dihasilkan oleh Niki de Saint Phalle yang memiliki hasil karya dipamerkan di Paris, Saint Tropez dan Singapura.

    Karya yang dilengkapi dengan motif naga, penggunaan warna terang dan ukiran berlekuk dan kreatif itu cuba dizahirkan oleh Chiuri ke dalam bentuk busana di mana penggunaan warna terang seperti merah dan biru juga turut digunkan sebagai warna asas pada beberapa pasang busana yang digayakan.

    Sementara motif naga pada ukiran dan lakaran yang dihasilkan oleh Saint Phalle pula cuba dizahirkan pada bentuk polka pada gaun berwarna hitam dan merah serta konsep jalur dan lapisan di mana ia membentuk seperti konsep pada struktur tubuh naga.

    Konsep dan warna yang ditampilkan itu sendiri jelas menampilkan kegagahan dan keberanian wanita di era moden ini.

    Yang jelas memberikan penampilan seorang wanita yang cukup menyerlah, glamor dan elegan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda