BEIJING, 19 JULAI – Presiden China, Xi Jinping, menekankan peri pentingnya untuk menggalakkan pembangunan modenisasi yang berteraskan simbiosis antara manusia dengan alam sekitar dalam usaha membina ‘China yang Indah’.
Beliau yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) itu menyifatkan lima tahun akan datang sebagai tempoh penting bagi pembinaan ‘China yang Indah’.
“Pelbagai pihak perlu mengamalkan fahaman tamadun ekologi sosialisme bercirikan China pada era baharu, menegakkan konsep pembangunan China yang berpaksikan rakyat dan konsep Gunung Hijau dan Air Jernih Ibarat Gunung Emas dan Perak.
“Selain itu, pelbagai pihak juga perlu menyokong pembangunan berkualiti tinggi yang berdasarkan pewujudan persekitaran ekologi berkualiti tinggi,” kata Xi.
Beliau berkata demikian pada Persidangan Perlindungan Ekologi dan Alam Sekitar Kebangsaan yang melabuhkan tirainya semalam.
Xi juga menyeru pelbagai pihak berusaha bersungguh-sungguh untuk menangani masalah pencemaran di negara ini. – Bernama


