PARIS, 29 APRIL – Firma farmaseutikal Amerika Syarikat (AS) Moderna berkata hari ini ia menjangka menambah pengeluaran vaksin COVID-19 global kepada tiga bilion dos menjelang 2022.
Syarikat itu berkata dalam satu kenyataan bahawa ia akan membuat komitmen pembiayaan baharu untuk menambah bekalan di kilang pengeluarannya di Eropah dan AS.
Pelaburan itu akan menambah dua kali ganda pengeluaran ubat di rakan Swiss Lonza dan lebih dua kali ganda pengeluaran oleh Rovi di Sepanyol. Pengeluaran di kilang Moderna AS akan menambah sebanyak 50 peratus.
Mencecah jumlah tiga bilion akan bergantung pada campuran vaksin mRNA dan dos lebih rendah vaksin pediatrik Moderna serta vaksin ‘booster’ varian, kata syarikat.
Syarikat juga menambah ramalan bekalannya untuk tahun ini di antara 800 juta dan satu bilion dos. – AFP