Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Moderna tiba di Korea Selatan

    SEOUL, 23 OGOS – Lebih satu juta dos vaksin COVID-19 keluaran Moderna Inc tiba di Korea Selatan hari ini, selepas berlaku kelewatan ekoran isu pengeluaran yang dihadapi syarikat farmasi Amerika Syarikat (AS) itu.

    Kumpulan pertama vaksin berkenaan adalah sebahagian daripada keseluruhan tujuh juta dos vaksin yang dijadualkan diterima dalam masa dua minggu lagi, lapor Agensi Berita Yonhap.

    Moderna sebelum ini memaklumkan kepada Seoul bahawa syarikatnya hanya boleh membekalkan separuh daripada 8.5 juta dos vaksin yang sepatutnya dihantar pada Ogos.
    Syarikat itu bagaimanapun, membuat penjadualan semula pembekalan selepas Korea Selatan mengemukakan aduan.

    Sebanyak 1.01 juta dos vaksin tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, pada 1:40 petang manakala baki enam juta dos lagi akan tiba kemudian, menurut pihak berkuasa kesihatan tanpa memberikan butiran lanjut.

    Sehingga Isnin, seramai 25.91 juta, atau 50.5 peratus rakyat Korea Selatan telah menerima suntikan dos pertama manakala 11.56 juta lagi sudah lengkap dua dos. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...