Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Modi angkat sumpah bersama sekutu pakatan

    NEW DELHI, 9 JUN – Perdana Menteri India, Narendra Modi dijangka mengangkat sumpah hari ini untuk penggal ketiga selepas keputusan pilihan raya luar jangkaannya menyebabkan beliau terpaksa membentuk gabungan.
     
    Dengan Modi masih belum mengumumkan susunan kabinetnya, upacara di istana presiden pada petang ini akan menarik penuh perhatian apabila kira-kira 30 bakal menteri turut mengangkat sumpah perlembagaan.
     
    Parti Bharatiya Janata (BJP) Hindu-nasionalis Modi gagal menang besar kali ini dan terpaksa mengadakan rundingan pantas dengan gabungan 15 anggota National Democratic Alliance (NDA) untuk mendapat majoriti untuk memerintah.
     
    Kini parti gabungan yang lebih besar telah menuntut konsesi yang besar sebagai pertukaran daripada sokongan mereka.
     
    The Hindustan Times menyifatkan hari-hari ‘perbincangan yang sibuk’ untuk BJP,  manakala Times of India berkata BJP telah berusaha untuk ‘meringankan’ tuntutan rakan kongsi mereka.
     
    Namun banyak media India lain melaporkan bahawa pekerjaan teratas termasuk empat jawatan paling berkuasa dalam negeri, asing, kewangan dan pertahanan akan kekal dalam cengkaman BJP. – AFP
     
    Modi menunjukkan surat jemputan membentuk kerajaan pusat dari Presiden India di New Delhi, India pada 7 Jun. Modi mengangkat sumpah kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda