Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Modi angkat sumpah untuk penggal ketiga

    NEW DELHI, 10 JUN – Perdana Menteri India, Narendra Modi mengangkat sumpah untuk penggal ketiga kelmarin selepas keputusan pilihan raya yang lebih teruk daripada jangkaan menyebabkan beliau bergantung kepada rakan pakatan untuk mentadbir.

    Parti Bharatiya Janata (BJP) Hindu-nasionalis Modi telah memerintah secara mutlak sejak sedekad lalu tetapi gagal mengulangi dua kemenangan besar sebelum ini, menentang jangkaan penganalisis dan tinjauan keluar mengundi.

    Sebaliknya, dia terpaksa menjalankan perbincangan dengan rakan pakatan dalam Pakatan Demokratik Kebangsaan (NDA), yang memberi jaminan kepadanya jumlah parlimen untuk mentadbir.

    Pejabatnya berkata beliau akan melantik 71 anggota kabinet, termasuk 11 menteri sekutu NDA, tanpa menambah butiran lanjut. Kabinet Modi sebelum ini mempunyai 81 menteri.

    Dikelilingi oleh pegawai-pegawai tertinggi BJP dan pemimpin parti gabungannya, Modi berikrar dalam satu majlis menandakan pengambilan kuasa rasminya untuk setia kepada perlembagaan.

    Modi menandatangani buku selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri India di Rashtrapati Bhawan, di New Delhi, India pada 9 Jun. – AP

    Pengawal kehormatan berbaris di tangga istana presiden di mana ribuan orang berkumpul untuk menyaksikan Modi, berpakaian baju kurta putih dan rompi berwarna biru, mengangkat sumpah.

    Orang ramai yang bersorak itu juga termasuk penyokong setia BJP, serta selebriti seperti legenda Bollywood, Shahrukh Khan dan jutawan Gautam Adani dan Mukesh Ambani, sekutu utama Modi.

    Pemimpin Asia Selatan dari negara jiran Bangladesh, Maldives dan Sri Lanka menghadiri majlis itu, bagaimanapun pesaing jiran China dan Pakistan tidak hadir.

    Tetapi perayaan itu menjadi suram selepas polis berkata lelaki bersenjata telah menyerang hendap sebuah bas yang membawa jemaah Hindu di Kashmir yang ditadbir India sejurus sebelum majlis bermula.

    Bas itu kemudiannya terbabas ke dalam gaung dan mengorbankan kira-kira sembilan orang. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...