Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Modi guna diplomasi Yoga di G20

    BUENOS AIRES, 30 Nov – Jauh daripada zon keselamatan dan upacara gilang-gemilang sidang G20, Perdana Menteri India, Narendra Modi menyalurkan satu mesej yang jelas dari hatinya kepada hos Argentina, iaitu nilai yoga.

    Dengan kedengaran bunyi kesesakan lalu lintas di luar, kira-kira 4,000 orang pengamal yoga di Buenos Aires membawa tikar mereka ke dewan konvensyen untuk mendengar kata-kata Modi dan sekumpulan pemuzik India.

    “Saya baru tiba di Buenos Aires selepas satu penerbangan lebih 24 jam, tetapi terima kasih pada semangat dan kasih sayang anda, seolah-olah saya masih berada di India,” kata Modi kepada orang ramai.

    Pemimpin sayap kanan itu, yang menerapkan identiti Hindu yang kuat di India, telah menjadikan yoga sebagai satu keutamaan diplomatik sejak memasuki pejabat pada tahun 2014.

    Modi telah mempromosikan Hari Yoga Antarabangsa dan mendedikasikan pejabat kerajaannya pada yoga, senaman rohani India yang telah menjadi global dan diamalkan oleh orang yang mencari kekuatan mental dan fizikal.

    Kira-kira 4,000 pengamal yoga bersenam di dewan konvensyen pada satu acara yang diadakan oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi di Buenos Aires. – AP

    Modi dalam ucapannya menyatakan harapan bahawa sidang G20 itu akan membuat perkembangan dalam menangani cabaran-cabaran antarabangsa seperti pembangunan mapan dan perubahan iklim.

    Dia juga menyuarakan harapan besar bagi hubungan dengan Argentina, melihat farmaseutikal, tenaga dan maklimat serta teknologi aeroangkasa sebagai bidang kerjasama.

    Para pengikut yoga di Beunos Aires berpegang tangan ke arah matahari dalam satu amalan tradisi ‘surya’.

    Beberapa suara menyokong cara Modi, bahawa yoga boleh menjadi jalan ke arah keamanan.

    Silvana Alberto, 59, yang memakai baju dengan ungkapan daripada wira kemerdekaan India, Mahatma Gandhi, “Kita perlu mengubah apa yang kita mahu lihat.

    “Kesemua kita di sini cuba memberikan tenaga pada tempat ini, yang mana kita sangat-sangat memerlukannya,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda