NEW DELHI, 26 Sept – Perdana Menteri Narendra Modi telah berikrar bahawa setiap rumah di India akan mempunyai elektrik menjelang Disember 2018 ketika dia bergerak untuk mendapatkan sokongan undian di tengah-tengah keraguan berhubung pengendaliannya ke atas ekonomi.
Skim AS$2.5 bilion diumumkan pada Isnin akan menyaksikan 40 juta rumah di negara itu tanpa bekalan elektrik akan disambungkan dengan bekalan tenaga secara percuma.
“Sekitar 40 juta daripada 250 juta rumah masih lagi belum mempunyai bekalan elektrik, yang bermaksud 25 peratus penduduk masih lagi tinggal dalam abad ke-18.
Kerajaan akan membekalkan elektrik ke setiap kediaman, sama ada ia di kampung, bandar atau rantau terpencil,” kata Modi dalam ucapan.
Analisis politik telah menggelar inisiatif itu langkah seterusnya daripada perdana menteri berhaluan kanan untuk meningkatkan sokongan luar bandar menjelang pilihan raya negara pada 2019.
Trend ekonomi baru-baru sangat membimbangkan, dengan statistik rasmi menunjukkan pertumbuhan India perlahan kepada 5.7 peratus dalam suku pertama.
Kebanyakan ekonomis telah mengaitkannya dengan pembatalan lebih 80 peratus wang kertas bank pada November tahun lalu dan memperkenalkan cukai perkhidmatan dan barangan pada Julai. – AFP