Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Modi, Saudi jalin koridor ekonomi

    NEW DELHI, 11 SEPT – India memuji perkongsian ‘strategiknya’ dengan Arab Saudi yang kaya dengan minyak hari ini, beberapa hari selepas melancarkan laluan perdagangan dan pengangkutan utama yang menghubungkan Eropah, Timur Tengah dan India sebagai sebahagian daripada pakatan meluas.

    “Bersama-sama, kami membuat permulaan bersejarah untuk mewujudkan koridor ekonomi,” kata Perdana Menteri India Narendra Modi kepada pemerintah de facto Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed bin Salman di New Delhi.

    Pada Sabtu, kedua-duanya menyertai pemimpin G20 yang lain dalam mendedahkan rancangan bercita-cita tinggi untuk mewujudkan Laluan Rempah Ratus moden, merangsang hubungan perdagangan dengan potensi implikasi geopolitik yang luas.

    “Koridor ini bukan sahaja akan menghubungkan kedua-dua negara, tetapi kerjasama ekonomi, ketersambungan digital antara Asia, Asia Barat dan Eropah,” tambah Modi, dalam perbincangan selepas berakhirnya sidang kemuncak dua hari pemimpin Kumpulan 20 yang dianjurkannya.

    India dan Arab Saudi, bersama-sama dengan Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Emiriah Arab Bersatu dan lain-lain melancarkan inisiatif untuk menghubungkan kereta api, pelabuhan, rangkaian elektrik dan data serta saluran paip hidrogen. – AFP

    Presiden India, Droupadi Murmu (dua kanan) melihat Perdana Menteri India, Narendra Modi berjabat tangan dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman semasa sidang kemuncak G20 di New Delhi pada 11 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda