Friday, May 10, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Modi ucap tahniah kepada PM baharu Pakistan

    NEW DELHI, 12 APRIL – Perdana Menteri India, Narendra Modi kelmarin mengucapkan tahniah atas pelantikan perdana menteri baharu Pakistan Shehbaz Sharif dan menzahirkan hasratnya untuk keamanan antara kedua-dua negara.

    “Tahniah Mian Muhammad Shehbaz Sharif atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Pakistan. India mahukan keamanan dan kestabilan di wilayah bebas keganasan, agar tumpuan dapat diberikan terhadap pembangunan serta kesejahteraan dan kemakmuran rakyat,” katanya.

    Hubungan kedua-dua negara tegang sejak beberapa dekad lalu akibat pertikaian mengenai wilayah Jammu dan Kashmir, dan tiga siri peperangan telah berlaku sejak 1947.

    Shehbaz berkata, kerajaan Pakistan sebelum ini gagal melaksanakan “diplomasi” terhadap krisis Kashmir selepas India membatalkan status autonomi Jammu dan Kashmir pada Ogos 2019.

    “Kami mengutamakan hubungan baik dengan India tetapi keamanan yang berkekalan tidak dapat wujud hingga penyelesaian yang adil terhadap isu Kashmir dicapai.

    “Kami akan bersuara untuk rakyat Kashmir di setiap forum, melakukan usaha diplomatik, (dan) memberi sokongan diplomatik dan moral,” kata Shehbaz di persidangan Dewan Negara selepas dipilih menjadi perdana menteri, Beliau berkata isu itu harus diselesaikan mengikut kehendak rakyat Kashmir dan berdasarkan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kru kabin dipecat ambil cuti sakit beramai-ramai

    NEW DELHI, 9 MEI - Air India Express memecat sekurang-kurangnya 30 pekerja, kebanyakannya krew kabin kerana mengambil cuti sakit beramai-ramai yang mengakibatkan pembatalan penerbangan,...