Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Modric, Lloris antara ‘lebih 10’ sasaran Saudi

    RIYADH, 5 JUN – Arab Saudi berharap dapat menarik lebih ramai pemain bola sepak terkenal dunia termasuk Luka Modric dan Hugo Lloris, sumber yang rapat dengan rundingan itu memberitahu AFP, selepas menarik perhatian Cristiano Ronaldo dan melancarkan bidaan untuk Lionel Messi dan Karim Benzema.

    ‘Lebih daripada 10’ pemain berpengalaman termasuk N’Golo Kante dan Roberto Firmino telah dilamar, kata sumber itu, oleh kerajaan kaya minyak yang mempunyai cita-cita untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia dan mempertaruhkan sukan untuk membantu merombak imejnya yang tegas.

    Menurut sumber Arab Saudi dan media kerajaan hujung minggu lalu, delegasi terbang ke Paris dan Madrid untuk mendapatkan tandatangan Messi dan Benzema selepas perlawanan terakhir mereka untuk Paris Saint-Germain dan Real Madrid.

    Tetapi Arab Saudi juga ‘berhubungan dengan lebih 10 pemain, kebanyakan daripada mereka memenangi Piala Dunia atau Liga Juara-juara, untuk menyertai liga Saudi musim depan’, kata sumber yang rapat dengan rundingan itu, dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

    Selain Messi, ‘senarai itu termasuk Benzema, (Sergio) Ramos, (Angel) Di Maria, Modric, Hugo Lloris, Kante, Firmino, (Jordi) Alba dan (Sergio) Busquets’.

    “Selain menerima tawaran yang agak lumayan, mereka akan bermain dalam liga yang sangat kompetitif,” kata sumber itu sambil menambah bahawa Arab Saudi berhasrat untuk ‘memeterai sebahagian besar tawaran’ sebelum musim baharu bermula pada 11 Ogos. – AFP

    Pemain tengah Real Madrid dari Croatia, Luka Modric menghadiri sesi latihan di kompleks latihan Real Madrid City di Valdebebas, pinggir Madrid pada 3 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda