Friday, December 6, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Modul buatan China berlepas ke ‘matahari buatan’ di Perancis

    GUANGZHOU, 29 NOV – Sebanyak 48 modul blok perisai selimut (blanket shield block modules) berlepas dari China hari ini menuju ke Perancis untuk pembinaan reaktor tokamak nuklear eksperimen terbesar di dunia.

    Berlepas dari Guangzhou, wilayah Guangdong di selatan China, komponen tersebut adalah yang pertama seumpamanya yang dihantar untuk projek International Thermonuclear Experimental Reactor (ITER) di selatan Perancis.

    Fasiliti itu, yang kadang-kadang disebut sebagai ‘matahari buatan,’ sedang dibina oleh China, Kesatuan Eropah, India, Jepun, Republik Korea (ROK), Rusia dan Amerika Syarikat (AS) untuk menguji kebolehgunaan pelakuran sebagai sumber tenaga berskala besar dan bersih.

    Tokamak ITER menggunakan sangkar magnet untuk menyimpan, membentuk dan mengawal plasma bersuhu amat tinggi bagi memungkinkan reaksi pelakuran berlaku.

    Modul blok perisai selimut adalah komponen vakum kritikal yang menyediakan perlindungan terhadap neutron dan pengaliran haba di bawah beban haba yang tinggi. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda