Thursday, October 10, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    MOE isi Ramadan dengan majlis keagamaan

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan Kementerian Pendidikan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 APRIL – Bulan Ramadan terus diisi dengan majlis-majlis keagamaan seperti tadarus dan Khatam Al-Quran di mana bulan ini adalah peluang untuk melipatgandakan amal ibadah bagi meraih ganjaran yang dijanjikan Allah.

    Tidak ketinggalan menyemarakkan bulan suci ini adalah Kementerian Pendidikan (MOE) melalui Jabatan Peperiksaan dengan kerjasama Urus Setia Majlis Pelajaran Kebangsaan dan Pusat Teknologi Maklumat dengan mengadakan Majlis Bertadarus yang berlangsung di Masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD), hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad.

    Acara dimulakan dengan penyampai-an wakaf berupa barangan elektrik yang disempurnakan oleh Dr Haji Azman kepada Imam Masjid UBD, Awang Muhammad bin Haji Bagol.

    Ini diikuti dengan majlis bertadarus serta diakhiri dengan doa bagi memberkati majlis yang diketuai oleh imam Masjid UBD.

    Majlis seumpamanya merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan.

    Di samping itu, ia sebagai wadah dalam meningkatkan amal ibadat serta mengeratkan silaturahim sesama pegawai dan kakitangan.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Naib Canselor UBD, Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan, para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan berserta penduduk kampung sekitarnya.

    Dr Haji Azman semasa menyertai majlis bertadarus di Masjid UBD.
    Tetamu kehormat menyampaikan wakaf kepada Awang Muhammad.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda