Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    MOFE anjur taklimat kukuhkan penyampaian perkhidmatan awam

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JUN – Dengan matlamat untuk memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai kerajaan khususnya dalam mengkaji semula dasar yang sedia ada, Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) mengadakan sesi pemberigaan mengenai Program Fiscal Consolidation (FCP) dan Garispandu Public Private Partnership (PPP) di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, kelmarin.

    Sesi pemberigaan berkenaan dianjurkan oleh Bahagian Belanjawan dan Bahagian Penyelidikan dan Pengurusan Strategik, MOFE sebagai usaha berterusan kerajaan dalam mempromosikan kemampanan fiskal serta memperkukuhkan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta dalam pembangunan negara melalui PPP.

    Sesi pemberigaan berkenaan juga bermatlamat untuk melaksanakan pembaharuan struktur dan penerokaan kaedah baharu dalam penyampaian perkhidmatan awam di kementerian dan jabatan masing-masing selain mengukuhkan kefahaman mengenai garis panduan FCP dalam menyokong usaha ke arah disiplin fiskal dan tadbir urus yang inovatif.

    Atas & Bawah: Antara suasana semasa sesi pemberigaan berkenaan.
    GAMBAR-GAMBAR SERAHAN MOFE

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda