Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Dengan matlamat untuk meningkatkan kefahaman kepada syarikat-syarikat perniagaan mengenai skop percukaian di Negara Brunei Darussalam, Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) melalui Bahagian Hasil telah mengadakan Sesi Pemberigaan Cukai Pendapatan Korporat yang berlangsung di Bilik Serbaguna 2, Tingkat 3, Island Block, MOFE pada 10 Jun lalu.
Taklimat berkenaan dihasratkan untuk meningkatkan kesedaran terhadap kewajipan dan tanggungjawab syarikat-syarikat perniagaan ke atas pematuhan Cukai Pendapatan Korporat.
Dalam taklimat berkenaan, pegawai dari Bahagian Hasil telah menjelaskan secara menyeluruh antaranya tentang asas penaksiran cukai, pematuhan untuk pemfailan penyata cukai dan perkiraan cukai, selaras dengan Akta Cukai Pendapatan, Penggal 35.
Sesi pemberigaan itu merupakan salah satu usaha berterusan MOFE dalam memperkukuhkan lagi tahap pematuhan cukai dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan cukai korporat kepada orang ramai terutama di kalangan pembayar cukai di negara ini.

Semua di atas: Antara suasana sesi pemberigaan berkenaan- GAMBAR-GAMBAR SERAHAN MOFE

