Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    MOFE berdikir di Masjid Universiti

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) serta jabatan-jabatan di dalamnya, kelmarin, meneruskan Majlis Persembahan Dikir Syarafil Anam sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW di Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid.

    Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Perdagangan dan Industri), Awang Mohammad Harris bin Brigadier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Ibrahim, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya.

    Majlis diadakan untuk menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW di samping bagi mengenang jasa Rasulullah SAW dalam memperjuangkan syiar Islam sekali gus menyuntik rasa kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

    Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi MOFE telah diselenggarakan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei.

    Dato Seri Paduka Haji Khairuddin hadir bersama tetamu lain pada majlis yang berlangsung di Masjid Universiti, UBD baru-baru ini. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Antara yang hadir pada majlis tersebut. – Gambar oleh Muiz Matdani

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda