Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    MOFE hargai jasa 49 kakitangan bersara

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Seramai 49 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) dan jabatan-jabatan di dalamnya yang telah bersara diraikan dalam Majlis Penyampaian Cenderamata Persaraan yang berlangsung di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Hadir untuk menyempurnakan penyampaian cenderamata kepada para penerima ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew semasa hadir ke majlis tersebut.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid, Pengarah Urusan Brunei Darussalam Central Bank, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan.

    Antara yang hadir pada majlis tersebut.  

    Pengarah di Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat, Awang Muhammad Azizil bin Haji Brahim dalam kata alu-aluannya menyatakan bahawa majlis itu adalah untuk memberi penghargaan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan yang telah bersara serta untuk menghargai jasa dan bakti yang telah dicurahkan semasa bertugas di Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

    Awang Muhammad Azizil Hakim menyampaikan kata alu-aluannya di majlis berkenaan.

    Majlis kemudian menyaksikan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew menyempurnakan penyampaian cenderamata kepada seramai 45 orang penerima. Majlis berkenaan telah diselenggarakan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat, Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

    Sebahagian daripada penerima yang diraikan menerima cenderamata.

    Selain untuk memberi penghargaan kepada pegawai dan kakitangan yang telah bersara, majlis berkenaan juga bertujuan bagi mengekalkan silaturahim dan hubungan kekeluargaan antara pesara dan yang masih berkhidmat di kementerian berkenaan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bergambar ramai dengan para pegawai dan kakitangan bersara yang diraikan dalam majlis berkenaan.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda