Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    MOFE Jogathon 2024 meriah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OGOS – Pasukan Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) muncul juara keseluruhan dalam acara MOFE Jogathon 2024 bagi warga MOFE serta jabatan-jabatan di bawahnya yang bermula di kawasan letak kereta VIP, MOFE dan mengelilingi Jalan Menteri Besar dan diakhiri di Bangunan MOFE.

    Acara pada tahun ini disertai oleh lapan pasukan yang dikelolakan oleh Agensi Pelaburan Brunei, MOFE.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid; pemangku setiausaha tetap; Pengarah Urusan Brunei Darussalam Central Bank; ketua-ketua jabatan dan bahagian; pegawai dan kakitangan MOFE; serta jabatan-jabatan di dalamnya berserta pegawai dan kakitangan daripada Brunei Darussalam Central Bank.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan senaman pemanasan badan dan diteruskan dengan larian Competitve Run sejauh 4.8km, larian pertandingan Platinum sejauh 2.6km dan larian rekreasi Fun Run sejauh 2.6km.

    MOFE Jogathon 2024 merupakan inisiatif kementerian tersebut dalam mengimbang kesihatan mental dan fizikal, yang mana aktiviti sukan bukan sahaja dapat menyihatkan badan bahkan dapat mewujudkan kecerdasan minda dan fizikal.

    Di samping itu, ia sebagai salah satu cara untuk menyahut inisiatif Kementerian Kesihatan dalam pertandingan BN on the Move yang telah dilancarkan melalui aplikasi BruHealth.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pada acara tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara peserta yang mengambil bahagian dalam jogathon berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda