Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JULAI – Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) serta jabatan-jabatan di dalamnya hari ini menganjurkan Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam ke-77 di Surau, Island Block, Bangunan MOFE.
Pada tahun ini, majlis dikelolakan oleh Bahagian Penyeli-dikan dan Pengurusan Strategik, MOFE dan dihadiri oleh Pemangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani.
Majlis dimulakan dengan sembahyang Sunat Hajat diikuti dengan bacaan Surah
Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran serta diakhiri dengan sembahyang Fardu Asar berjemaah yang diimamkan oleh Pegawai Pemantau Zon 3, Masjid Daerah Brunei dan Muara, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Mohd Amin bin Haji Salim.
Ia diadakan sebagai melahirkan kesyukuran akan kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan seterusnya memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT semoga Baginda dilanjutkan usia, sihat walafiat dan kekal karar memerintah negara dengan berlandaskan iman dan panduan daripada Allah SWT.



