Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    MOFE sertai mesyuarat AJC ke-41

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Setiausaha Tetap (Ekonomi), Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE), Dr Hajah May Fa’ezah binti Haji Ahmad Ariffin dan pegawai-pegawai dari Bahagian Perdagangan di MOFE telah mewakili Negara Brunei Darussalam di Mesyuarat Pengarah Majlis Pusat ASEAN-Jepun (AJC) ke-41 yang berlangsung secara persidangan video pada 17 Mac lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MOFE, di sini, mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Pengarah Pasaran Global, Enterprise Singapore, Eugene Toh.

    Mesyuarat dihadiri oleh pengarah-pengarah majlis dari negara-negara anggota ASEAN dan Jepun serta Setiausaha Agung AJC, Tuan Yang Terutama Dr Kunihiko Hirabayashi.

    Kenyataan menyatakan bahawa mesyuarat membincangkan antara lain mengenai cadangan reformasi AJC dan Program Kerja dan Belanjawan bagi Tahun Fiskal 2022.

    Mesyuarat mengambil maklum bahawa reform AJC berkenaan adalah tepat pada waktunya, mengambil kira perkembangan yang telah berlaku di ASEAN dan Jepun sejak 40 tahun yang lalu termasuk perkembangan semasa di ASEAN seperti pelancaran Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP), ASEAN Digital Masterplan 2025, Bandar Seri Begawan Roadmap (BSBR) serta ASEAN Comprehensive Recovery Framework (ACRF).

    Reformasi berkenaan dijangka akan memberi manfaat kepada pihak berkepentingan terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana di ASEAN dan Jepun.

    AJC adalah sebuah organisasi antara kerajaan yang telah dirasmikan pada 25 Mei 1981 dengan mandat untuk mempromosikan eksport, menggalakkan aliran pelaburan dan menghidupkan pelancongan serta pertukaran orang-ke-orang di antara ASEAN dan Jepun.

    Dr Hajah May Fa’ezah yang mewakili Negara Brunei Darussalam di Mesyuarat Pengarah Majlis AJC ke-41 yang berlangsung secara persidangan video pada 17 Mac lalu yang dipengerusikan oleh Eugene Toh. – Gambar serahan MOFE
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...