Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mogok Greece jejas perkhidmatan negara

    ATHENS, Greece, 17 Mei – Pekerja-pekerja Greece keluar dari tempat kerja di seluruh negara hari ini untuk menyertai mogok umum yang menjejas perkhidmatan sektor awam dan swasta di seluruh negara.

    Kesatuan pekerja mengadakan mogok tersebut untuk membantah langkah berjimat cermat baru yang dikenakan selepas berakhirnya jaminan keluar ketiga Greece pada tahun depan. Kerajaan gabungan pimpinan sayap kiri bersetuju dengan pembaharuan sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan pemiutang antarabangsa negara untuk mengeluarkan wang daripada bayaran ansuran jaminan akan datang.

    Tanpa wang tunai, Greece sekali lagi akan bergelut untuk memenuhi satu pertambahan dalam bayaran balik hutang yang perlu dijelaskan pada musim panas ini. Hospital awam beroperasi dengan kakitangan kecemasan sahaja, sementara pengangkutan awam tergendala. Pengawal lalu lintas udara sedang menganjur mogok empat jam pada tengah hari, membawa kepada penjadualan semula atau pembatalan lebih daripada 150 penerbangan.

    Para pekerja awam di Greece yang menyertai mogok tersebut. – AFP
    Para pekerja awam di Greece yang menyertai mogok tersebut. – AFP

    Kelasi sedang mengambil bahagian dalam mogok empat hari yang bermula semalam, meninggalkan feri yang berulang-alik dari pulau Greece dan daratan terkandas di pelabuhan sehingga malam Jumaat. Tunjuk perasaan dirancang di Athens pada lewat pagi ini, walaupun hujan lebat dijangka menjejas kehadiran.

    “Tidak kepada penjarahan gaji dan pencen baru,” kata kakitangan kesatuan ADEDY. Di parlimen, penggubal undang-undang sedang memperdebatkan langkah-langkah sebelum pengundian yang dijadualkan diadakan pada tengah malam Khamis. Pembaharuan akan termasuk pemotongan pencen tambahan pada tahun 2019 dan cukai pendapatan yang lebih tinggi mulai tahun 2020.

    Kesatuan dan pembangkang telah membandingkan langkah tersebut dengan jaminan keluar keempat, namun tanpa bantuan wang daripada pemiutang antarabangsa. Kerajaan, yang pada mulanya berkuasa pada tahun 2016 dengan janji memansuhkan langkah berjimat cermat sebelumnya, telah menolak dakwaan tersebut, menekankan bahawa ia juga akan mengambil langkah lain untuk membasmi kemiskinan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda