Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Mogok: Korea Selatan luaskan arahan kembali bekerja

    SEOUL, 8 DIS – Kerajaan Korea Selatan hari ini memperluaskan lagi arahan kembali bekerja ke atas beribu-ribu pemandu trak kargo yang mengadakan mogok di seluruh negara kerana isu tambang angkutan, mengatakan mogok berpanjangan akan membawa kepada ‘kemerosotan teruk’ ke atas ekonomi negara itu.

    “Arahan ‘mulakan kerja’ ke atas pemandu trak keluli dan bahan api tidak dapat dielakkan kerana mogok boleh menjejaskan eksport utama seperti automobil dan perkapalan jika ia berpanjangan, kata Menteri Kewangan, Choo Kyung-ho dalam satu sidang media.

    Impak mogok itu setakat ini terhad kepada industri domestik seperti pembinaan. Arahan yang pada awalnya dikeluarkan pada 29 November ke atas 2,500 pemandu trak simen, kini diperluaskan kepada 6,000 pemandu angkutan keluli dan 4,500 pemandu angkutan bahan api dan kimia.

    Polis juga bertindak ke atas kesatuan-kesatuan yang mengancam atau mengganggu ahlinya yang memilih untuk bekerja.

    Arahan diperluaskan itu dibuat ketika impak mogok semakin lemah memasuki minggu ketiganya, dengan perjalanan kontena di pelabuhan utama negara itu pulih ke tahap sebelum mogok dan bekalan simen pula disambung di tapak-tapak pembinaan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...